Friday, June 19, 2009

hampir-hampir....

assalammualaikum.......
yuhooooooo.......
lagi 2 minggu aku nyer industrial training akan berakhir...x sabar rase nyer nk abes...huhuh... skg nie kre sedang menunggu hari-hari terakhir jek lagi...pastu aku akan merdeka....
tp, aku still kena buat report laa....dh laa satu ape ape pun x buat lagi nie...mati aku.... kne buat dlm lingkungan 5000 patah perkataan. banyak tue siot...tp xpe...layankan aje...ok...

Tuesday, June 9, 2009

DOA PARA NABI....

"Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat untuk-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah sesuatu menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakannya untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat tersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut''.
(doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s. hingga ke Nabi Muhammad s.a.w., telah dinukilkan oleh Imam Ghazali untuk amalan umat akhir zaman).